Hand, Foot & Mouth Diseasa ( HFMD )

APA ITU HFMD ?

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) disebabkan oleh virus : Coxsackie Virus a16 & Virus Enterovirus 71 (EV71).
  • Merupakan penyakit yang biasa di kalangan kanak-kanak .
  • Boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi kanak-kanak berumur bawah 6 tahun lebih berisiko.
  • Merebak dengan kontak melalui air liur, lelehan hingus, najis dan cecair blisters daripada mereka yang dijangkiti

APAKAH GEJALA HFMD ?

  • Demam
  • Ruam blisters di tapak tangan, kaki, lutut dan Kawasan lampin
  • Hilang selera makan
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Sakit tekak

 APAKAH RAWATAN BAGI HFMD ?

  • Tiada rawatan khusus untuk HFMD tetapi kita bole merawat symptom pada kanak-kanak
  • Ubat demam untuk mengurangkan demam
  • Air garam untuk berkumur jika kanak-kanak bole berkumur
  • Pantau hidrasi kanak-kanak

 

NASIHAT PADA IBU BAPA :

  • Amalkan mencuci tangan dengan betul dan kerap menggunakan air dan sabun
  • Permukaan dan peralatan yang kotor atau tercemar hendaklah dicuci dengan air dan sabun dengan bersih
  • Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala berikut ke tadika, nurseri atau sekolah
  • Peka dan pantau keadaan anak-anak jika terdapat sebarang perubahan tingkahlaku / ketidakselesaan/ kurang selera makan

Sapu dan bersihkan hidung dan mulut dengan tisu dan buang tisu di tempat yang sepatutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *